Wednesday, December 28, 2011

PEMBUKAAN GERAI MAKAN PPAQ

Syukur alhamduliLlah.. PPAQ menapak selangkah lagi ke hadapan apabila rancangan untuk membuka Gerai Makan akhirnya dapat dilaksanakan jua. Projek sulong di bawah Biro Ekonomi ( Pengarah Projek : Encik Jamaluddin Samsir ) yang kini menelan belanja hampir RM5000 bertujuan untuk memberi kemudahan  kepada warga BWP mendapatkan makanan sarapan pagi, petang dan malam. Selain itu juga, projek jualan ini diharapkan sedikit-sebanyak dapat menjana ekonomi PPAQ terutama di dalam menampung kos perbelanjaan program yang akan datang.

Gerai Makan PPAQ akan diletakkan bersebelahan dengan Surau Al-Hidayah, BWP di satu tanah lapang yang akan dijadikan Food Court ( Medan Selera ) di bawah kawalan dan pengurusan Persatuan Penduduk Bandar Warisan Puteri. Insya'ALlah, kami akan memulakan perniagaan pada hari Sabtu, 31 Disember 2011.

Dijemput semua warga BWP untuk menghadiri satu majlis pembukaan dan pelancaran Gerai Makan PPAQ pada hari tersebut, bermula jam 7.00 pagi. Sarapan pagi PERCUMA disediakan untuk mereka yang hadir.

Kami juga mengharapkan sokongan jitu daripada seluruh warga BWP. Berilah teguran dan komen membina berbanding kutukan dan kritikan yang boleh melemahkan semangat. Insya'ALlah, kami akan meneliti dan memperbaiki sebarang kelemahan dan kekurangan yang ada demi kepuasan pelanggan.

No comments:

Post a Comment