Thursday, April 12, 2012

PROGRAM PERKAMPUNGAN AL-QURAN

Insya'ALLah, pada 28-29 April 2012 ( Sabtu-Ahad), PPAQ akan menganjurkan Perkampungan Al-Quran khas untuk anak-anak lelaki dan perempuan berusia 9-15 tahun. Sasaran seramai 50 peserta daripada Taman Warisan Puteri dan taman-taman berdekatan. 

Sepanjang sehari semalam menyertai program ini, peserta akan didedahkan dengan bacaan Al-Quran serta pembelajaran tajwid yang akan dibimbing oleh guru-guru Al-Quran secara personal. Peserta akan dibahagikan kepada 10 kumpulan ( 5 orang setiap kumpulan ).

Peserta akan diminta bermalam kerana pada awal keesokan pagi, mereka akan dikejutkan untuk mengikuti slot Tahajud dan bacaan Quran Fajar. 

Sesiapa yang berminat untuk menghantar anak-anak ke Perkampungan Al-Quran ini, sila hubungi saya. Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 April 2012. Yuran : RM50 setiap peserta.

Saturday, February 11, 2012

KEAHLIAN PPAQ 2012

Melangkah masuk ke tahun 2012, PPAQ kini telah mempunyai keahlian seramai 80 orang ahli iaitu 45 peserta dewasa ( lelaki dan wanita ) dan 35 kanak-kanak. Masa pengajian dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan 1 pada jam 9 hingga 10.30 malam, setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, manakala kumpulan 2 pula pada hari Isnin, Selasa dan Rabu.


PPAQ juga menyediakan kelas Al-Quran hujung minggu, iaitu pada hari Sabtu ( 8.00-9.30 pagi) dan Ahad ( 9.00-10.30 pagi) khas untuk peserta yang tidak dapat hadir pada sebelah malam.

Sehingga ke hari ini, tenaga pengajar ialah Ust Hj. Kamal dan Ust Hj. Hamid.

Thursday, February 2, 2012

KURSUS PENINGKATAN KEILMUAN

Dalam usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan ahlinya, PPAQ akan menghantar beberapa orang AJK Tertinggi untuk mengikuti beberapa kursus, antaranya :

1) Kursus Setengah Hari Pemantapan Kaedah Pengajaran Pedagogi
Pada 18 Februari 2012 ( Sabtu ), jam 8.00 pagi - 12 tengah hari sempena program Kem Bestari Solat (KBS) di SK. Taman Paroi Jaya, Seremban. AJK yang akan berkursus ialah : Tuan Hj. Isa Suboh (KU), Tuan Hj. Abdul Hamid Mohd. Nor (Tenaga Pengajar 2), Puan Zaharah dan Puan Marlisa Noor.

Mereka akan mengikuti kem tersebut dan berpeluang melihat secara lebih dekat kaedah pedagogi yang ditunjukkan oleh guru-guru berpengalaman. Di dalam slot amali solat, pihak Panitia Agama Islam akan menyerahkan sepenuhnya kepada mereka untuk mengendalikan aktiviti tersebut yang akan diadakan di surau sekolah.

Elaun RM30 seorang akan dikeluarkan oleh PPAQ.

2) Kursus Talaqi Al-Qur'an
Bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, setiap hari Sabtu, jam 8.00 pagi - 12 tengah hari, selama 12 minggu. AJK terlibat ialah Ust Hj. Kamal, Tuan Hj. Hamid, Puan Zaharah dan Ustazah Marina Idris.

Yuran kursus sebanyak RM500 setiap seorang dan PPAQ akan menaja kepada setiap peserta tersebut sebanyak RM300 dan RM200 adalah daripada wang peserta sendiri.

Insya'ALlah, PPAQ akan terus berusaha untuk memantapkan lagi pengetahuan ahli-ahlinya melalui kursus-kursus yang akan datang.

Thursday, January 26, 2012

MAJLIS KHATAM DAN UMRAH 2012

Semua ahli PPAQ ambilan 2009 dan 2012,

PPAQ akan mengadakan Program Khatam Al-Quran dan Umrah di Tanah Suci pada cuti persekolahan pertengahan tahun ( Akhir Mei-Awal Jun). Sesiapa yang berminat nak ikut serta, sila jelaskan bayaran deposit RM1000 sebelum akhir Mac 2012 ini.

Terima kasih.

Monday, January 16, 2012

SUMBANGAN BERAS UNTUK ANAK YATIM DAN IBUBAPA MISKIN



PPAQ ingin merakamkan jutaan terima kasih terutamanya kepada Tuan DSP dan rakan-rakan sekerja yang telah menyumbangkan sejumlah 13 kampit beras ( 10 kg ) untuk diserahkan kepada anak-anak yatim dan ibubapa miskin (termasuk ibu tunggal). Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Pengarah PPAQ, Tuan Hj. Kamal bin Ismail di Bilik Jawi, SK. Taman Paroi Jaya pada hari Isnin, 16 Januari 2012. 

Rata-rata yang hadir mengucapkan berbanyak terima kasih di atas bantuan sumbangan tersebut, termasuklah Guru Besar sekolah, Puan Hjh. Che Fatimah bt. Ismail, yang sangat bangga dengan penglibatan PPAQ bersama warga sekolah.

Semoga sumbangan seumpama ini akan kekal berterusan. Insya' ALlah !