Saturday, February 11, 2012

KEAHLIAN PPAQ 2012

Melangkah masuk ke tahun 2012, PPAQ kini telah mempunyai keahlian seramai 80 orang ahli iaitu 45 peserta dewasa ( lelaki dan wanita ) dan 35 kanak-kanak. Masa pengajian dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan 1 pada jam 9 hingga 10.30 malam, setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, manakala kumpulan 2 pula pada hari Isnin, Selasa dan Rabu.


PPAQ juga menyediakan kelas Al-Quran hujung minggu, iaitu pada hari Sabtu ( 8.00-9.30 pagi) dan Ahad ( 9.00-10.30 pagi) khas untuk peserta yang tidak dapat hadir pada sebelah malam.

Sehingga ke hari ini, tenaga pengajar ialah Ust Hj. Kamal dan Ust Hj. Hamid.

Thursday, February 2, 2012

KURSUS PENINGKATAN KEILMUAN

Dalam usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan ahlinya, PPAQ akan menghantar beberapa orang AJK Tertinggi untuk mengikuti beberapa kursus, antaranya :

1) Kursus Setengah Hari Pemantapan Kaedah Pengajaran Pedagogi
Pada 18 Februari 2012 ( Sabtu ), jam 8.00 pagi - 12 tengah hari sempena program Kem Bestari Solat (KBS) di SK. Taman Paroi Jaya, Seremban. AJK yang akan berkursus ialah : Tuan Hj. Isa Suboh (KU), Tuan Hj. Abdul Hamid Mohd. Nor (Tenaga Pengajar 2), Puan Zaharah dan Puan Marlisa Noor.

Mereka akan mengikuti kem tersebut dan berpeluang melihat secara lebih dekat kaedah pedagogi yang ditunjukkan oleh guru-guru berpengalaman. Di dalam slot amali solat, pihak Panitia Agama Islam akan menyerahkan sepenuhnya kepada mereka untuk mengendalikan aktiviti tersebut yang akan diadakan di surau sekolah.

Elaun RM30 seorang akan dikeluarkan oleh PPAQ.

2) Kursus Talaqi Al-Qur'an
Bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, setiap hari Sabtu, jam 8.00 pagi - 12 tengah hari, selama 12 minggu. AJK terlibat ialah Ust Hj. Kamal, Tuan Hj. Hamid, Puan Zaharah dan Ustazah Marina Idris.

Yuran kursus sebanyak RM500 setiap seorang dan PPAQ akan menaja kepada setiap peserta tersebut sebanyak RM300 dan RM200 adalah daripada wang peserta sendiri.

Insya'ALlah, PPAQ akan terus berusaha untuk memantapkan lagi pengetahuan ahli-ahlinya melalui kursus-kursus yang akan datang.