Wednesday, December 28, 2011

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2012

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua bakal pelajar baru PPAQ Sesi 2012. Seramai 31 orang pelajar baru yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat akan memulakan sesi pembelajaran bermula 02 Januari 2012 akan datang.

Satu taklimat dan perjumpaan pelajar baru akan diadakan di Surau Al-Hidayah BWP, pada 31 Disember 2011 ( Sabtu ), jam 7.00 pagi ( selepas Kuliah Subuh ).

Harap maklum.

PEMBUKAAN GERAI MAKAN PPAQ

Syukur alhamduliLlah.. PPAQ menapak selangkah lagi ke hadapan apabila rancangan untuk membuka Gerai Makan akhirnya dapat dilaksanakan jua. Projek sulong di bawah Biro Ekonomi ( Pengarah Projek : Encik Jamaluddin Samsir ) yang kini menelan belanja hampir RM5000 bertujuan untuk memberi kemudahan  kepada warga BWP mendapatkan makanan sarapan pagi, petang dan malam. Selain itu juga, projek jualan ini diharapkan sedikit-sebanyak dapat menjana ekonomi PPAQ terutama di dalam menampung kos perbelanjaan program yang akan datang.

Gerai Makan PPAQ akan diletakkan bersebelahan dengan Surau Al-Hidayah, BWP di satu tanah lapang yang akan dijadikan Food Court ( Medan Selera ) di bawah kawalan dan pengurusan Persatuan Penduduk Bandar Warisan Puteri. Insya'ALlah, kami akan memulakan perniagaan pada hari Sabtu, 31 Disember 2011.

Dijemput semua warga BWP untuk menghadiri satu majlis pembukaan dan pelancaran Gerai Makan PPAQ pada hari tersebut, bermula jam 7.00 pagi. Sarapan pagi PERCUMA disediakan untuk mereka yang hadir.

Kami juga mengharapkan sokongan jitu daripada seluruh warga BWP. Berilah teguran dan komen membina berbanding kutukan dan kritikan yang boleh melemahkan semangat. Insya'ALlah, kami akan meneliti dan memperbaiki sebarang kelemahan dan kekurangan yang ada demi kepuasan pelanggan.

Monday, December 26, 2011

Wednesday, November 16, 2011

KEM LATIHAN IMAM MUDA ( KLIK )

Bermula 21 Nov hingga 21 Disember 2011, PPAQ sekali lagi menganjurkan program pengisian cuti persekolahan akhir tahun khas untuk anak-anak lelaki yang berusia 9 - 13 tahun. Kem Latihan Imam Kecil ( KLIK ) bertujuan untuk melahirkan pelapis imam disamping memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang berpanjangan berkenaan kepentingan solat secara berjamaah di masjid mahu pun  di surau.

Seramai 20 orang bakal imam kecil akan menyertai kem ini. Bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM250 setiap seorang. Kelas yang menggabungkan teori dan praktikal bermula seawal jam 8 pagi dan bersurai pada jam 2 petang.

Banyak pengisian yang akan diperkenalkan seperti aktiviti Quran ( bacaan, hafazan dan tajwid ), amali solat berjamaah, hafazan doa dan wirid solat, amali puasa sunnat dan sebagainya.

Lihat aktiviti KLIK 2011 Minggu Pertama di bawah atau klik DI SINI
 

Aktiviti KLIK 2011 Minggu Ke-2 atau klik DI SINI untuk ke YOUTUBE
 

Video Lawatan Sambil Belajar Peserta KLIK 2011 ke Jelebu atau klik DI SINI untuk ke YOUTUBE.

Monday, October 10, 2011

KELAS PERSEDIAAN BAHASA ARAB MURID TAHUN 6/2011

PPAQ BWP akan mengadakan Kelas Persediaan Bahasa Arab khas untuk anak-anak Tahun 6 /2011 yang baru sahaja selesai menduduki UPSR baru-baru ini. Kelas ini dibuka dengan matlamat untuk membantu anak-anak Tahun 6 yang bercita-cita untuk menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Agama atau Sekolah Menengah Kebangsaan Aliran Agama.

Kelas akan diadakan pada  setiap Jumaat, jam 3.00 - 4.30 petang dan Sabtu, jam 8.00 - 9.30 pagi di PPAQ BWP bermula pada 04 November hingga 17 Disember 2011. 

Bayaran : RM50 sahaja ( termasuk buku teks B.Arab tingkatan 1 )

Penyertaan terhad kepada 25 murid sahaja.

Sunday, October 9, 2011

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Program Latihan 1Malaysia di bawah Kolej Komuniti Jelebu sekali lagi telah memberi kepercayaan penuh kepada PPAQ BWP untuk mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah selama 20 jam untuk penduduk setempat. Kursus ini akan bermula pada 13 November 2011 dan akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 3.00-4.30 petang bertempat di PPAQ BWP.

Sesiapa yang berminat, sila hubungi saya.

Saturday, October 8, 2011

SEMINAR PEMANTAPAN SOLAT@SMART SOLAT

Pusat Pengajian Al-Quran, Bandar Warisan Puteri dengan kerjasama Pertubuhan Khairat Bandar Warisan Puteri akan menganjurkan Seminar Pemantapan Solat @ Smart Solat sebagaimana butiran berikut :

Tarikh : 26 Oktober 2011 ( Rabu - Cuti Deepavali )
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Surau Al-Hidayah, Bandar Warisan Puteri.

Pembentangan Kertas Kerja Oleh :

1) Slot 1

Ustaz Hj. Norazman bin Mohamad
Pengarah Imtiyaz Training and Consultant
Tajuk : Kesilapan Dalam Solat
Masa : 8.30 - 10.00 pagi

2) Slot 2

Ustaz Haji Kamal bin Ismail
Pengarah,
Pusat Pengajian Al-Quran BWP
Tajuk : Solat - Hubungan Hamba dengan Tuhannya
Masa : 10.30 - 12.00 tengah hari.

Yuran : RM20 setiap peserta ( termasuk hand-out dan makan tengah hari )

Semua Dijemput !