PPAQ BWP akan mengadakan Kelas Persediaan Bahasa Arab khas untuk anak-anak Tahun 6 /2011 yang baru sahaja selesai menduduki UPSR baru-baru ini. Kelas ini dibuka dengan matlamat untuk membantu anak-anak Tahun 6 yang bercita-cita untuk menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Agama atau Sekolah Menengah Kebangsaan Aliran Agama.
Kelas akan diadakan pada setiap Jumaat, jam 3.00 - 4.30 petang dan Sabtu, jam 8.00 - 9.30 pagi di PPAQ BWP bermula pada 04 November hingga 17 Disember 2011.
Bayaran : RM50 sahaja ( termasuk buku teks B.Arab tingkatan 1 )
Penyertaan terhad kepada 25 murid sahaja.