Thursday, April 12, 2012

PROGRAM PERKAMPUNGAN AL-QURAN

Insya'ALLah, pada 28-29 April 2012 ( Sabtu-Ahad), PPAQ akan menganjurkan Perkampungan Al-Quran khas untuk anak-anak lelaki dan perempuan berusia 9-15 tahun. Sasaran seramai 50 peserta daripada Taman Warisan Puteri dan taman-taman berdekatan. 

Sepanjang sehari semalam menyertai program ini, peserta akan didedahkan dengan bacaan Al-Quran serta pembelajaran tajwid yang akan dibimbing oleh guru-guru Al-Quran secara personal. Peserta akan dibahagikan kepada 10 kumpulan ( 5 orang setiap kumpulan ).

Peserta akan diminta bermalam kerana pada awal keesokan pagi, mereka akan dikejutkan untuk mengikuti slot Tahajud dan bacaan Quran Fajar. 

Sesiapa yang berminat untuk menghantar anak-anak ke Perkampungan Al-Quran ini, sila hubungi saya. Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 April 2012. Yuran : RM50 setiap peserta.